Assalammualaikum. Rasanya belum terlambat lagi untuk Sayang Intan mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 dan Tahun Baru Masihi 2010 kepada semua. Banyak sungguh peristiwa yang berlaku pada tahun yang lalu..sama ada pahit ataupun manis semuanya berlaku bersebab. Sebagai umat Muhammad dan hamba yang mensyukuri nikmat tuhan, kita wajar meredhai dan mencari hikmah di sebaliknya. Kalau versi ‘bukan agama’ orang kata kita perlu bersifat optimis dan positif. Segala yang berlaku adalah melambangkan sifat Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada tuhan.
Alhamdullillah selepas pembedahan kedua pada tahun ini Sayang Intan sihat sejahtera dan berjaya menjalani terapi radioterapi dengan baik. Sayang Intan lebih banyak tenang daripada kusut. Cabaran kerja pula boleh tahan hebatnya. Tahun ini Sayang Intan mula berjinak-jinak semula kerja di ‘outstation’ . Sayang Intan juga mula berjinak-jinak semula kerja hingga lewat malam. Kekadang risau juga sebab Sayang Intan tidak boleh stres dan penat.
Sebenarnya Sayang Intan masih dalam tempoh ‘high risk’ untuk dapat semula 'tumor’. Tapi entahlah..Sayang Intan gembira dengan apa yang telah dilakukan, apa yang diperolehi dan tanggungjawab yang dipikul. Kalau tak sibuk nanti rasa sunyi pulak. Lagipun Sayang Intan sudah berjanji akan berusaha menjadi manusia yang lebih hebat daripada manusia lain yang tiada penyakit kronik. Kanser payu dara bukan alasan untuk Sayang Intan menjadi manusia yang lemah. Semestinya Sayang Intan adalah hamba yang lemah pada tuhan tapi bukan hamba yang lemah pada sesama hamba. TAPI itu semua bergantung pada belas kasihan tuhan untuk kurniakan hidayah, kudrat dan izinNya,
Ya tuhan..moga Engkau tidak biarkan aku dan sahabat CINTA jauh daripada Engkau. Aku memohon Engkau kurniakan kami kekuatan, hidayah dan kehormatan.Sesungguhnya Engkau Maha Memberi dan Maha Mengasihani..aminn
Sahabatku..tiada manusia yang sempurna tapi kita patut berjuang ke arah kesempurnaan itu.


0 Komen:
Catat Ulasan