Khamis, Februari 02, 2012

Sorry because I love U


Salam. Hai CINTA..hai Mr D.. hai semua.

Sorry because...sorry because I mentioned you in CINTA again.

Ayat " Penat kan mengejar dunia" terngiang2 di fikiran Intan. Aisy..Intan tertidur dalam tangisan dan sedu. Kata-kata Mr D selalu membuatkan Intan terfikir-fikir dan mencermin diri sendiri. Itulah yang membuatkan Intan suka. Ia membuat Intan kembali dan menarik Intan semula ke jalan yang sepatutnya..mudah-mudahan.

Pelikkan..Intan tidak kenal siapa Mr D tapi kenapa banyak kejadiaan yang melekat di hati. Walaupun mencuba tapi Intan gagal mengenali Mr D kerana agak sukar Intan hendak membaca dan menganalisa siapa Mr D. Intan adalah pemerhati dan gemar membaca rentak seseorang tapi Mr D yang melekat di hati sukar untuk Intan bacakan.

I am always feel free to speak out and free to think when talking with you. That make me feel I am as myself.

Isnin, Disember 19, 2011

Had Keupayaan Diri

Hari ini Intan pergi buat rutin 'women check-up' di Hospital Jaya. Ujian mamogram dan ultrasound. Huhu mamogram agak mencabar bagi wanita yang belum berkahwin dan muda..agak menyakitkan walaupun sekejap sahaja. Kesakitan berkait dengan tahap kekenyalan:).

Ujian ultrasound pula agak mendebarkan Intan apabila doktor beritahu itu dan ini. Gelisahnya hendak tunggu keputusan minggu depan. Moga tiada apa-apa yang memerlukan pembedahan lagi.

Huhu memang mendebarkan...sebenarnya pesakit kanser boleh tahu sama ada dia okay atau tidak dengan menilai beberapa perkara:
1. Tahap tekanan emosi
2. Keletihan
3. Cukup rehat atau tidak...huhu maaf kalau Intan tak boleh ikut gi sana dan sini. Kena tahan nafsu daripada jalan2..hehehe kecuali la kalau ada driver.
4. Cukup tidur
5. Jaga diet yang sihat
6. Makan pada waktunya
7. Banyak minum air putih
8. Jaga hati sendiri
9. Dan yang paling penting jaga hubungan dengan Allah..kena panjangkan waktu 'dating' dengan tuhan

Banyak yang Intan tak jaga beberapa bulan ini..salah sendiri kan. Ya Allah ampunilah hambaMu ini yang sering menganiaya diri sendiri.

Moga Allah beri Intan kemudahan dan kelapangan. Ya Allah Ya Sami' Ya Basir..banyaknya hendak aku lakukan untuk menikmati hidup kurniaan Engkau tapi keupayaan aku terhad tanpa kekuatan daripadaMu. Moga Engkau capaikan segala impianku yang baik..aminn